Strategi Pengajaran

Aktiviti  Untuk Murid Lemah
Topik : Isipadu cecair
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengukur dan membandingkan  isipadu di antara dua cecair secara perbandingan langsung menggunakan unit bukan piawai.
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid telah belajar  untuk membandingkan objek: lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah .
Alat Bantu Mengajar:
Botol yang sama saiz dan bentuk,  camca, baldi , air berwarna.
Perbendaharaan  Kata:
Banyak, sedikit.

Langkah-Langkah

1.      Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.      Setiap kumpulan diberi botol yang sama bentuk dan saiz , satu  baldi air berwarna  dan camca.
3.      Setiap botol dilabelkan sebagai A, B , C dan D.
4.      Murid dikehendaki mengisi air berwarna ke dalam botol dalam masa 2 minit.
5.      Murid yang dapat mengisi paling banyak air dikira sebagai pemenang.
6.   Guru mengumpulkan setiap  botol  bagi setiap kumpulan untuk dibuat perbandingan tentang paras air yang diperolehi.
             

7.   Murid di minta membandingkan paras air diantara 2 botol iaitu Botol A dan B serta Botol C dan D.
      i.   Perbandingan paras air Botol A dan Botol B.


      ii.   Perbandingan paras air Botol C dan Botol D.
8.   Kemudian, murid diminta menyusun botol paling banyak air kepada botol yang paling sedikit air.

            9.   Murid diminta mencatatkan hasil perbincangan dalam kad jawapan
                  yang diberi berkaitan isipadu air.


10.  Murid membuat kesimpulan bahawa isipadu cecair ialah jumlah air yang memenuhi sesuatu dengan bimbingan guru.




Aktiviti Untuk Murid Cemerlang

Topik
: Isipadu cecair
Objektif  Pengajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengukur dan membandingkan  isipadu di antara dua cecair secara perbandingan langsung.
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid telah belajar  untuk membandingkan objek: lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah dan sama banyak.
Alat Bantu Mengajar:
Botol, jag, baldi, termos, kole, cawan ,tin susu dan air berwarna.
Perbendaharaan  Kata:
Banyak, sedikit, kurang , lebih, sama banyak


Stesen A

Langkah-Langkah
  1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan .
  2. Aktiviti dijalankan menggunakan kaedah stesen  yang melibatkan 4 stesen.
  3. Pada stesen A, murid diberi botol, jag dan air berwarna.
  4. Murid diminta mengisi air ke dalam botol hingga penuh dan kemudian air dari botol dituangkan ke dalam jag.
  5. Murid secara berkumpulan perlu membuat perbandingan paras air dalam botol dan di dalam jag (didapati paras air dalam jag tidak penuh).      
  6. Murid  berbincang dan menulis hasil perbincangan mereka di dalam kad jawapan yang disediakan.                                                          
  7. Kemudian, murid  bergerak ke stesen yang berikutnya.
    1.                        
    STESEN B

    1. Murid berada dalam kumpulan masing-masing.
    2. Pada stesen B, murid diberi cawan, kole dan air berwarna.
    3. Murid diminta mengisi air berwarna ke dalam kole sehingga penuh dan kemudian menuangkan air tersebut ke dalam cawan(didapati air di dalam gelas masih berbaki).       
    4. Murid secara berkumpulan membandingkan paras air di dalam cawan dan juga kole.
    5. Murid berbincang dan mencatatkan hasil perbincangan mereka dalam kad jawapan yang disediakan.                                                    
    6.  Setelah siap, murid  bergerak ke stesen C.



       
    STESEN C


    1. Murid berada dalam kumpulan masing-masing. Lantik seorang murid sebagai pencatat.
    2. Pada  stesen  C, murid diberikan tin susu dan kole serta air berwarna.
    3. Murid diminta mengisi air ke dalam  tin susu hingga penuh dan kemudian menuang air dari tin susu ke dalam   kole.                                                                        
    4. Murid diminta memerhati dan membandingkan paras air.                                 
    5.  Didapati selepas menuang air hingga habis dari tin susu,paras air dalam kole  juga adalah penuh.
    6.  Murid diminta mencatatkan hasil daripada pemerhatian mereka di dalam kad jawapan.                                                                    
    7. Murid beredar ke stesen seterusnya.





      STESEN D
    1. Murid berada dalam kumpulan  masing-masing.
    2. Di stesen  D, murid diberi termos, jag , gelas dan  air berwarna.
    3. Murid diminta membuat anggaran bilangan gelas untuk mengisi air daripada termos dan jag.
    4. Murid diminta  mengisi air berwarna ke dalam  termos  sehingga penuh  dan menuangkan ke dalam gelas.
    5. Kemudian, murid mengisi air berwarna ke dalam jag sehingga penuh dan menuangkannya ke dalam gelas.
    6. Murid menuang air daripada termos dan jag ke dalam gelas dan murid memerhatikan bilangan sebenar berapa biji gelas yang diperlukan.                        
    7. Murid berbincang dan membuat hasil perbincangan mereka dalam kad jawapan.                                                                   
    8. Guru membimbing murid bahawa kedua-dua bekas, iaitu termos dan jag mempunyai isipadu yang tidak sama.
    9. Murid merekod penemuan bilangan gelas bagi termos dan jag.    
        




           Lembaran Kerja Murid Berprestasi Rendah





           Lembaran Kerja Murid Berprestasi Tinggi