Bahan Bantu Mengajar



BAHAN BANTU MENGAJAR  MURID BERPRESTASI RENDAH     


    
Senarai Alat Bantu Mengajar
·         Botol
·         Camca
·         Baldi
·         Air berwarna




BAHAN BANTU MENGAJAR   MURID BERPRESTASI CEMERLANG
 



Senarai Alat Bantu Mengajar
·         Botol
·         Gelas
·         Kole
·         Jag
·         Baldi
·         Tin Susu
·         Cawan
·         Termos
·         Air berwarna


Keterangan Alat Bantu Mengajar
  1. Botol
Dapat menampung kapasiti cecair yang banyak dan sedikit. Ianya mudah didapati  dan senang digunakan.Terbentuk daripada bahan plastik yang ringan dan mesra pengguna.
  1. Gelas
Dapat menampung kapasiti cecair dalam jumlah yang kecil.Ianya juga mudah digunakan. Terdapat dalam bentuk kaca mudah  pecah dan  plastik.
  1. Kole
Digunakan untuk menyukat cecair dalam kapasiti yang kecil. Terdapat dalam bentuk kaca yang mudah pecah dan plastik.
  1. Jag
Digunakan untuk menyukat cecair dalam kapasiti yang besar. Bentuk fizikal adalah  sederhana dan besar. Direka daripada plastik yang ringan atau  kaca yang agak berat.
  1. Tin Susu
Dapat menyukat cecair dalam kapasiti yang kecil. Tidak memerlukan kos untuk mendapatkannya kerana boleh didapati  dari bahan terbuang.
  1. Termos
Digunakan untuk menyukat cecair dalam kapasiti yang kecil dan sederhana.Memerlukan sedikit kos bagi mendapatkannya. Dapat menyimpan cecair secara tertutup.
  1. Cawan
Berkemampuan menyukat cecair dalam kapasiti yang kecil.Terdapat dalam bentuk plastik  atau kaca yang mudah pecah. Senang digunakan secara terbuka.
  1. Baldi
Berkemampuan menampung cecair dalam kapasiti yang pelbagai iaitu sedikit,sederhana dan banyak. Mesra pengguna. Diperbuat dari plastik yang ringan agar mudah digunakan.
  1. Camca
Terdiri daripada pelbagai jenis samada  daripada plastik atau logam. Digunakan untuk menampung kapasiti cecair dalam jumlah yang kecil.
  1. Air
Bahan utama dalam proses menyukat dan membanding isipadu cecair. Boleh digunakan secara semulajadi atau diwarnakan.