Pengenalan


Isipadu ialah berapa banyak ruang yang dipenuhi oleh bahan berbentuk tiga dimensi semada bahan tersebut pepejal ataupun cecair. Isipadu sesuatu bekas umumnya difahami sebagai kapasiti bekas tersebut.Isipadu cecair dapat diukur dengan menggunakan alat-alat yang seragam seperti cawan, gelas dan botol. Contohnya, jika satu jag dapat diisi dengan 7 gelas air, maka isipadu jag ialah 7  gelas. Silinder penyukat ialah alat yang piawai untuk menyukat isipadu cecair.   Unit piawai bagi isipadu cecair dalam sistem metrik ialah mililiter ( ml ) dan liter ( l ).

Salah konsep mengenai  isipadu cecair
Kanak-kanak  sering percaya yang sejumlah  cecair boleh  berubah apabila satu  jumlah tertentu dituangkan dari satu bekas kepada bekas lain yang berbeza saiznya. Mereka percaya bahawa terdapat lebih banyak cecair pada  peringkat paras tertinggi, misalnya bekas sebelah kiri rajah b dan c.